Tuesday 30 July 2013

setelah sekian lama.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. hari ni dah hari selasa. ini bermakna minggu depan kita rayaaa. yeayyy. cepatkan masa berlalu? rasa macam baru semalam kita berpuasa. dah lama eden tak update kan? ye ye. sibuk siket. bertimbun-timbun dgn tugasan yg tak habis-habis. berkurang pun tak. apatah lg habis. makin hari makin bertambah adala. nak sangat buat sesuatu tu dgn sempurna. walaupun KENA pergi kedai fotostat pukul 10malam. tak kisah. cakap dgn ayahanda ajak ayahanda teman. hehee. baru ku tahu setiap hari bertemankan esei sejak dua menjak ni. Alhamdulillah. teruskan usaha demi ITU. #YaAllah, permudahkanlah segala urusanku. setiap minggu ada presentation. setiap minggu ada test. test mengejut pun ada, terkejut eden dgn kawan-kawan. nasib result tak kantoi. Alhamdulillah. minggu lepas dah test. lusa pun ada test. eden masih bermain-main lg ni. hihihi. ok. sempena dah lama eden tak update belog ni disebabkan sibukan yg melanda diri ini. eden nak ambik kesempatan ni nak merapu+meraban+berkongsi kisah peristiwa ceritera berkaitan eden menyepi ni. *mohon jgn muntah kt sini. dalam masa eden menyepi ni. eden di tinggalkan SEMENTARA oleh encik abg. SEMENTARA ye bukan selama-lamanya. BUKAN. hanya SEMENTARA. ni pun sebab keadaan yg nak kan macam tu. ikutkan hati eden, eden taknak. k TAKNAK. kalau boleh sesaat pun tak. sedetik lebih pun taknak. sehari, seminggu, dua tiga minggu. apalagi seBULAN. TAKNAK. mmg TAKNAK. nasib keadaan mendesak. memula alah teruk jugak eden. bayangkan mama abah yg pujukkan. lucukan? kisah apa. iyelaaa. tak penah penah macam ni. dah lama lepas tu da dapat suaikan diri dgn keadaan. untuk encik abg: setiap hari eden ingatkan dia. berdoa agar dia baik-baik saja. #missyou. dalam masa encik abg takda ni jugak abah balik kampung. alaa,alor setar je pun. abah tolong baiki rumah atok. abah balik sana 5 hari. sebelum ni balik jugak. tapi kejap kejap je. abah pergi rabu, then balik jumaat. balik kejap je. adik nak ikot. adik pun pergi rumah atok. tinggal eden sorang kt rumah sementara tunggu mama balik kerja. bayangkan eden berbuka sorang-sorang je kat rumah. kesian tak? #rindu mereka. 10Ramadan lalu, eden demam. teruk ke tak eden taknak cakap. tapi TIGA hari eden tak pergi sekolah. tak dapat nak bg kehadiran penuh. memula tulis surat je. taknak pergi klinik. taknak. tapi.. minggu selepas tu demam lg, eden pun pergi la klinik setelah di pujuk ibunda dan ayahanda. dapat MC dan tak pergi sekolah lg. sebab eden demam? biarlah rahsia. sampai bebila eden taknak lupakan. #kenangan. dalam masa eden menyepikan diri ni, eden da tolak tawaran UTHM. Dip. Sains Gunaan. sebab? biarlah menjadi satu pengajaran dan kenangan buat diri ni. #semoga tak tersalah pilihan. minggu lepas eden tolong ibunda buat kuih raya. eden yg bergusti teruk dgn tepung sebenarnya. ibunda tolong bakarkan je. hihi. bayangkan. 11.30 malam- 5.00 pagi. terus bersahur. n tunggu masuk waktu subuh. ikutkan semalam nak buat lg, tp setelah di pujuk rayu ibunda setuju untuk setelkan segala kuih setelah eden bercuti nnt. lagipun 3hari lagi eden bersekolah sebelum eden bercuti panjang. 2minggu cuti raya. #mohon jelous. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. =)

No comments:

Post a Comment